Kehidupan awal dan peribadi Sebastian Vettel

Vettel dilahirkan di Heppenheim,[1] dahulunya terletak di Jerman Barat. Beliau mempunyai seorang adik lelaki, Fabian, dan dua kakak, Melanie dan Stefanie. Vettel mengatakan dalam satu temu bual bahawa wira zaman kanak-kanaknya adalah "Tiga Michaels", iaitu Michael Schumacher, Michael Jordan dan Michael Jackson. Beliau menyatakan bahawa beliau mahu menjadi penyanyi seperti Michael Jackson tetapi menyedari bahawa beliau tidak mempunyai suara yang merdu.[5] Vettel juga merupakan seorang peminat The Beatles dan mengumpul beberapa rekod mereka termasuk Abbey Road dan lagu kegemarannya, Drive My Car. Dalam sebuah sesi temu bual dalam rancangan Top Gear, Vettel menyatakan bahawa beliau ialah adalah seorang peminat komedi British seperti Little Britain dan Monty Python's Life of Brian. Vettel tinggal di Thurgau dan merupakan peminat pasukan bola sepak Jerman, Eintracht Frankfurt. Vettel menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berdaya saing, suka bersendirian dan bukan seorang yang penyabar. Vettel juga muncul dalam iklan Head & Shoulders. Dalam versi Jerman Cars 2, Vettel membuat penampilan dalam filem tersebut dalam versi alih-suara.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Sebastian Vettel http://www.tsn.ca/auto_racing/story/?id=249341&lid... http://www.tsn.ca/auto_racing/story/?id=249484&lid... http://flagworld.auto123.com/en/racing/news/index,... http://www.autosport.com/news/report.php/id/106393 http://www.autosport.com/news/report.php/id/106631 http://www.autosport.com/news/report.php/id/55728 http://www.autosport.com/news/report.php/id/61270 http://www.autosport.com/news/report.php/id/61531 http://www.autosport.com/news/report.php/id/64749 http://www.autosport.com/news/report.php/id/74059